Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 26

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Tunjukkanlah kebenaranku, ya TUHAN,

kerana aku telah hidup dalam ketulusan;

dan aku percaya kepada TUHAN

maka aku tidak tergelincir.

2Periksalah aku, ya TUHAN, dan dugalah aku,

ujilah fikiran dan hatiku;

3kerana aku melihat belas kasih-Mu,

dan aku telah hidup dalam kebenaran-Mu.

4Aku tidak duduk bersama penyembah berhala,

dan tidak menyertai orang munafik;

5aku membenci perhimpunan orang yang berbuat jahat

dan tidak akan duduk di sisi orang zalim.

6Aku akan membasuh tanganku dalam kesucian,

dengan demikian aku ke tempat menyembah-Mu, ya TUHAN,

7supaya aku dapat mengisytiharkan dengan suara kesyukuran

segala perbuatan-Mu yang menakjubkan.

8Ya TUHAN, aku mencintai rumah-Mu,

dan tempat kemuliaan-Mu.

9Janganlah himpunkan jiwaku dengan orang berdosa,

dan hidupku dengan manusia penumpah darah,

10yang merancang perbuatan zalim,

manakala tangan mereka penuh rasuah.

11Tetapi aku, aku akan terus hidup dalam kebaikan;

tebuslah aku dan kasihanilah aku.

12Kakiku berpijak di tempat mantap;

dalam perhimpunan aku akan memuji TUHAN.